Tuesday, March 16, 2010

16 March 2010 - Boikot Sweden?

Read an article from UTUSAN today.. read here

Bagus juga rasanya dengan cadangan tersebut, tapi lebih elok jika kerajaan menyuarakan bantahan secara rasmi. Called up the ambasador/konsulat, tell them clearly, we as an ISLAMIC country are deeply saddened etc.. etc..

Aduss... takde langsung ke gov agencies yg bule berpikiaq skit, take initiatives, proactives... err KSU sila ambil perhatian.... 

Kalo tak jalan, suruh jek our foreign minister or JAKIM. Explain to them, that stereotyping ISLAM as terrorist is deeply un called for!

Kalo tak leh gak, last step barulah bule boikot..

wallahualam.

Full article as follows...

Hina Nabi: Umat Islam digesa boikot barangan Sweden



16/03/2010 7:08pm

KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.


Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.

"Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.

Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.


Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.

"Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia,” kata Ismail. – Bernama

1 comment: