Sunday, March 7, 2010

7 March 2010 2243hrs: MCA AGM - 5 new resolutions!

Apa ni? dah terbongkok-bongkok nak menyembah bumi pun sempat nak demand2.  Semua benda dah di beri, itupun tak cukup gak?  Mari kita kupas satu-persatu...

Resolution 1:  Meminta kerajaan menambah pengambilan bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam.
SM:  Memula sekali, kerajaan siap terpaksa buat extra advertisment untuk memujuk bukan bumiputera masuk perkhidmatan awam.  Cuma depa je (bukan bumiputera) yang tak berminat.  Iyelah susah nak dpt gaji besar kerana kena ikut seniority.  Depa cuma berminat kalo dpt naik cepat jek.  So, bukan kerajaan tak buat inisiatif, tapi juak2 depa yg tak mau.  Ini contoh resolusi bersifat chauvinistics/racists.  MCA memang dah takde sokongan pengundi cina, depa terpaksa menggunakan politic of perceptions untuk menunjukkan depat gah membela nasib kaum mereka yg jauh lebik elok berbanding kaum majoriti bumiputera.

Ishk tu baru resolusi nombor 1, aku malas plak nak mengupas pasal resolusi2 yg lain.  Pasal semuanya pasal nak mintak itu dan ini, kalo betul2 nak, bagila undi dulu....  Depa sampai berani naik kepala, mintak supaya kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap perempuan bumiputera.  Aik, dah berani mencampuri urusan agama rasmi Malaysia, Agama Islam??  Kalo kita masuk campur hal agama depa bule?

Kesimpulannya, MCA memang dah tak relevan lagik.  Org2 grassroot MCA pun tak support MCA, cemana MCA nak support BN?

Datuk Sri PM, or think tank UMNO, pikir masak2 masa buat allocation kerusi untuk pilihanraya, cuma letak calon2 MCA/MIC di tempat yg ada majoriti kaum mereka.  Jgn bagi muka.  Kalo depat dpt bagi undi, ok, kalo tak at least UMNO bule dpt vote kesian daripada orang2 melayu.  Ni kita bagi kerusi org2 melayu, lepas tu depa nak pulak kritik kita balik, demand mcm2. ishk... Melayu mudah lupa!

Ngantuk nak tido....

Sila baca dibawah sedutan dari UTUSAN ONLINE

MCA lulus lima resolusi, minta penambahan bukan bumiputera



07/03/2010 6:38pm






KUALA LUMPUR 7 Mac – Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang berakhir di sini hari ini, meluluskan lima resolusi merangkumi 16 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi, serta budaya.






Antara yang diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan yang hadir ialah meminta kerajaan menambah bilangan pengambilan bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam.


Langkah itu akan memberi peluang kenaikan pangkat dan kebajikan dapat diberikan secara adil selain lebih ramai masyarakat daripada pelbagai kaum dapat menyertai sektor awam.


Bagi isu politik, perhimpunan agung itu juga meminta kerajaan melaksanakan sepenuhnya perubahan dan inovasi kepada struktur dan mekanisme pentadbiran Barisan Nasional (BN) supaya konsep perkongsian kuasa dapat dilaksanakan dengan berkesan.


Parti itu juga menggesa kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ditawarkan oleh semua sekolah persendirian Cina selain menyediakan peruntukan kepada sekolah terbabit supaya lebih ramai pelajar yang berbakat dapat dipupuk.


Kerajaan juga digesa untuk terus mengamalkan dasar pendidikan yang lebih liberal dan berbilang kaum supaya lebih banyak sekolah vernakular boleh ditubuhkan dan dimasukkan ke dalam program pembangunan nasional.


Mengenai isu ekonomi, MCA yang menyokong penuh usaha kerajaan melaksanakan Model Ekonomi Baru, meminta kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya ketika menilai dasar-dasar ekonomi supaya tidak menyulitkan kehidupan rakyat yang dibebani dengan pelarasan tarif air, elektrik serta tol.


Resolusi lain termasuk gesaan terhadap semua jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan Biro Tata Negara (BTN) untuk mengubah suai kursus mengikut fakta sejarah dan menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam kurikulumnya.


Langkah itu berupaya menanam pengertian sebenar sejarah dalam diri pelajar selain bebas daripada pemikiran yang hanya berlandaskan kaum.


MCA turut meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai “Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita” (CEDAW). – Bernama

No comments:

Post a Comment