Peguam bela Karpal Singh diminta nyatakan pendirian
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga peguam bela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menyatakan pendiriannya berhubung rancangan pakatan pembangkang menganjurkan demonstrasi jalanan menerusi Kempen Bebaskan Anwar 901.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek berkata, beliau hairan kerana sehingga kini Karpal langsung tidak memberi sebarang reaksi terhadap rancangan itu yang secara terang-terangan mempertikaikan sistem kehakiman negara.
Menurutnya, Karpal perlu menyuarakan pendiriannya dalam perkara itu agar ia dapat diketahui umum dan seterusnya mengelak tanggapan negatif sesetengah pihak terhadapnya.
"Kita ingin tahu pendirian Karpal dalam soal ini kerana Kempen Bebaskan Anwar 901 juga berkait dengan beliau. Ia melibatkan individu (Anwar) yang beliau bela di mahkamah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pakatan pembangkang giat mempengaruhi orang ramai terutama mahasiswa supaya menyertai demonstrasi jalanan itu pada 9 Januari ini iaitu tarikh Mahkamah Tinggi membuat keputusan terhadap kes liwat yang dihadapi Anwar.
Kata Hasan, sebagai pengamal undang-undang, Karpal seharusnya maklum sebarang kegiatan seperti Kempen Bebaskan Anwar 901 berkaitan dengan usaha-usaha membelakangkan sistem perundangan negara.
Sehubungan itu, beliau mendesak Karpal menyuarakan pendiriannya dalam isu tersebut sama ada menyokong pelaksanaan kempen berkenaan atau sebaliknya.
"Sepatutnya Karpal maklum dalam perkara ini bahawa anak guamnya sudah diberi peluang membela diri dan menjalani proses perbicaraan yang sewajarnya, tetapi adakah wajar demonstrasi jalanan ini diadakan.
"Kita mahu tahu apa sikap beliau (Karpal) dalam perkara ini, lebih-lebih lagi beliau peguam bela Anwar. Jangan sampai beliau juga terlibat membelakangkan sistem perundangan negara," kata Hasan.
* extract from UTUSAN
FRIDAY NOTES (20/12/2024) FROM THE QURAN - NO ONE KNOWS THE FUTURE, NO ONE
KNOWS THE UNSEEN
-
*Non-Muslims can skip this. But it is short and maybe useful. *
*Surah 31:34 **إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلْمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ
ٱلْغَيْثَ وَيَعْل...
23 hours ago